Monday, October 27, 2008

Akuk, Ong, Gun & Semu'hak

Hi semu'hak,

Terimak kasieh sebab ada'ak masa'ak masu'uk ke blog E'nak enin.

Semu'hak nin adalah idea kawan bai'ek E'nak, Awang namak diak. Awang memang pakar giler dalam IT, jadi'ek selalu jugak diak mintak E'nak buat Blog yang berkaitan dengan Uang Asli. Terfikir jugak, memana'angkan dah banyak tempat E'nak pergi'ek dan secu'et pengalaman telah dikuti'ep, jadi'ek adalah lebih bagus kalau dikongsi'ekkan dengan semu'hak. Nyap kira'ak lah bangsak apak.

Dengan blog enin jugak E'nak akan gunakkan tigak bahasak kalau bolehlah, iaituk Bahasak Temuan, Bahasak Uang Puti'eh, dan Bahasak Kebangsaan. jadik iak amat adil untuk semu'hak, dan jugak untuk yang henak belaja'ar bahasak Temuan. Macam Temuan E'nak nin lah.

Macam namak E'nak sendiri'ek diami'ek dari'ek perkataan Temuan, bermaksud Makcik kalau makcik tuk adi'ek emak kitak. jadi'ek cubak biasa'akkan lah dengan pengunaan hak, mungkin lai'en siki'et dari'ek segi ejaan yang E'nak tulis, sebab iak bahasak ibunda E'nak.

Dalam blog enin, akan becerietak tentang segalak periehal Uang Asli, Uang Asal deke'it Malaysia atau duniak. Tapi'ek mungkin jadual kejak E'nak yang sibuk akan melamatkan gun untek informasi dari'ek E'nak.

Bagus kalau E'nak jelaskan maksud "Akuk, Ong, Gun & semu'hak". Akuk adalah aku, Ong adalah awak, Gun bermaksud ramai cth kamu semua. Semu'hak maksud hak semua atau keseluruhan.

Dalam bahasak temuan telampau banyak loghat atau bahasak daerah yang kenak gunak dan kebanyakan bahasak temuan enin adak bunyi'ek yang berbeza-beza meng'ikut tempatUang temuan itui dudu'uk.

Penggunaan Uang Asal pulak, kenapak E'nak asingkan dan nyap sama'ak dengan Uang asli? Kalau deke'it semenanjung Uang Asal kena'ak pangil Uang Asli. Tapi'ek kalau kita'ak berinteraksi dengan duniak lua kita'ak akan kaba'a yang kita'ak enin adaklah Uang Asal yang meangkumi'ek Semenajung, Sabah dan Saawak. Kalau gun pegi'ek ke Sabah dan bertanya'ak tentang Uang Asal tuk kena'ak pangil sebagai apak?. Gi'ding akan jawab Anak Negeri'ek, bukan Uang Asli. Uang Asal adalah gela'an untuk kebangsaan atau antarabangsak.

dalam cerie'tak yang lain nanti'ek akan E'nak cerie'tak kan seca'ak jelas tentang gela'an Uang Asal enin.

Jadi'ek mai lah kita'ak sama'ak-sama'ak jelaja'ah bahasak temuan dan hal-hal jugak informasi tentang Uang Asli jugak Uang Asal bukan haja'ak deke'it Malaysia malah deke'it nega'ak la'in jugak.


Teiemak Kasieh deke'it kawan bai'ek E'nak sebab tolong pakse E'nak buat blog enin. hehehe, teru'uk E'nak enin nanti'ek tungguk kena'ak pakse baha'uk buat...sibu'uk dengan keja'ak lah beb..





P/S : Akuk aasak henak tiema'ak seseorang lah, peng...

Sunday, October 26, 2008

Orang Asal di Malaysia

Orang Asal mempunyai satu keunikan yang tersendiri, apatah lagi golongan ini adalah masyarakat yang pertama mendiami bumi sesebuah negara. Negara kita juga tidak terkecuali mempunyai masyarakat Orang Asal, yang terbahagi kepada 3 kumpulan yang utama sekali.

Masyarakat Orang Asal di Malaysia di ketogerikan kepada 3 Kumpulan utama, yang mana masyarakat ini mendiami kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Bagi Orang Asal di Semenanjung masyarakat ini dipanggil masyarakat Orang Asli. Bagi Sabah pula Orang Asal disana dipanggil Anak Negeri, manakala di Sarawak golongan Orang Asal ini dipanggil Orang Ulu atau Dayak.

Dalam ketiga-tiga kumpulan utama ini, dibahagikan pulak kepada kumpulan-kumpulan suku kaum yang dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil.

Oleh kerana E'nak ni berasal dari semenanjung, eloklah kiranya untuk kali ini E'nak bercerita tentang masyarakat Orang Asal disemenanjung yang masyarakat E'nak dipanggil Orang Asli.

Msyarakat Orang Asli disemenanjung terbahagi kepada 3 kumpulan utama, iaitu Senoi, Melayu Asli dan Negrito.

3 kumpulan ini diketogorikan pulak kepada kumpulan suku kaum yang kecil, ini adalah berdasarkan kaum Orang Asli itu sendiri.

Kumpulan pertama iaitu Senoi, antara kaum yang diketogorikan adalah seperti, Semai, Temiar, Mah Meri, Chewong, Semaq Beri dan Jahut.

Kumpulan Melayu Asli, antara kaum masyarakatnya adalah, Temuan, Semelai, Jakun, Orang Seletar, Orang Kuala, Orang Kanaq.

Kumpulan Negrito pula adalah, Bateq, Jahai, Lanoh, Kintaq, Kensiu dan Mendriq.

Jadi, disemenanjung kita mempunyai sebanyak 18 suku bangsa Orang Asli, dan jika dikira jumlah keseluruhan masyarakat orang asli yang seramai 141 ribu orang sahaja yang mana 0.5 percen dari bilangan masyarakat bangsa lain.


Jika kita lihat situasi sekarang dinegara ni, ramai yang mengatakan berlakunya masalah kemiskinan dikalangan orang asli. Jika dibanding masyarakat Sabah dan Sarawak.

Pada pendapat E'nak lah, ye. Di semenanjung mejoriti penduduk adalah bangsa lain, manakala Orang Asli adalah minoriti dan dibawah pemantauan JHEOA iaitu singkatan untuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, dan seperti kita sedia maklum jabatan ini mempunyai Staff berbangsa lain, da bukan dikalangan Orang Asli.

Tidak hairan jika Sabah dan Sarawak, Orang Asal disana lebih kehadapan kerana masyarakat Asal disana mejoriti adalah Orang Asal. segala pengurusan kerajaan adalah dibawah masyarakat Asal disana. Jika anda pergi bercuti ke sabah atau sarawak pasti akan melihat sendiri kelainannya. dari segi bahasa, budaya, dan kaum disana.

Pun begitu, disemenanjung E'nak tak cakap yang kami terlalu miskin walau dipantau oleh jabatan, ada juga kampung yang maju oleh kerana pegawai yang membantu itu ikhlas dalam kerja mereka. itupun jika kampung itu dipinggir bandar.

Namun jika mempunyai pegawai yang tidak ikhlas dalam tugas pasti kedudukan orang asli akan tetap sama seperti waktu sebelum merdeka lagi.

Bila kita sebut Orang Asli, masyarakat ini dibawah JHEOA, dan menggunakan Dasar Kerajaan yang berkaitan pentadbiran Orang Asli di semenanjung sejak tahun 1961 sebagai garis panduan dalam membangun masyarakat Enak.Tujuan nyer juga bagi menyatupadukan masyarakat enak yang dulunya hidup bertaburan.... Tapi rasanyer sekarang walau perkampungan sudah berkelompok tetapi hidup kami lebih teruk lagi dari sebelum ini. Akta 134 yang diwujudkan pada tahun 1954. akta ini adalah untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan kesentosaan dan kemajuan Orang Asli. Jika anda membaca artikel ni, memang ada sesuatu yang menarik dan juga mungkin sesuatu yang pelik. Kunci kepada akta ini adalah kemajuan dan kesentosaan masyarakat enak, namun jika kita kira dari usia akta ini digunapakai...berapa lah sangat kesentosaan dan kemajuan yang kami nikmati...sedangkan jika kita lihat dalam bahagian-bahgian akta lain semua memberi keberkesanan...

Percaya atau tidak jika E'nak katakan bahawa masih ramai dikalangan Orang Asli yang tidak mengetahui tentang akta tersebut dalam pengurusan Orang Asli disemenanjung. tetapi itulah yang berlaku. Mungkin kerana Orang Asli itu tidak pandai membaca, menulis hingga mereka tidak diberitahu, tetapi apakah mereka harus diketepikan hak mereka dari mengetahui tentang hal ehwal mereka.

Apatah lagi sekarang ni temetrinya satu lagi hak untuk orang Asal, iaitu, Deklarasi Hak Orang Asal Antarabangsa yang diiktiraf oleh United Nation, pada 13 September 2007. Orang Asli juga tidak terkecuali untuk mengetahui tentang hak yang satu ini. namun, jika Akta 134 pun mereka tidak tahu bagaimana untuk mereka mengathui tentang hak antarabangsa pulak kan..

satu tindakan harus diambil bagi menyebarkan berita ini dan E'nak akan sentiasa membantu untuk menyebarkan risalah tentang Deklarasi ni, walau pun dengan cara bercerita dan tunjuk gambar. tetapi ia amat penting untuk orang asli. E'nak akan masukan juga nanti artikel yang berkaitan deklarasi tersebut di blog ni.

Tuesday, October 14, 2008

Kehilangan Kawan Rapat

Setiap kali bila sahaja aku merancang untuk balik bercuti di kampung, aku akan pastikan juga aku akan listkan apakah yang akan aku kongsi bersama kedua ibu bapa dan adik beradik aku yang lain...selalunya aku akan rangka apa cerita yang akan di kongsi dengan parent aku, juga sesuatu yang wajib aku kongsikan apakah yang akan aku kongsi dengan datuk (Ki) bila aku balik nanti...jika orang lain mempunyai rutin hidup yang lain, ia berbeza dengan aku yang amat rapat dengan keluarga aku...walau aku nampak seorang yang degil, kasar, namun keluarga adalah keutamaan aku...

Dalam kehidupan aku, tiada sedikit bayangan pun suatu hari aku akan kehilangan orang yang aku sayangi ini...hampir setiap masa jika berjumpa dengan rakan kerja, akan pasti akan berseloroh tentang perihal keluarga aku yang aku andaikan sebagai amat mencuit hati aku...kerana situasi kehidupan keluarga seharian, aku amat menyintai mereka...

Hingga pada tanggal 1 april, seperti gila april fool aku rasakan...pemergian Ki amat mendukacitakan hati aku sampai hari ini, aku tak boleh terima yang Ki aku pergi meninggalkan kami semua...bagaimana dengan setiap planning aku sebelum balik kampung...aku sering mengharapkan sesuatu bila aku balik semua orang yang wajib aku tengok muka mereka ada dirumah, mendengar aku berceloteh, selalu buat lawak kepada mereka, mendengar masalah mereka, rungutan mereka, selain aku kongsikan segala aktiviti yang aku telah lakukan ditempat kerja...


Selalunya bila sahaja aku balik Ki akan duduk di muka pintu rumah dia, sambil meraut damak untuk dijual kepada orang kampung yang berminat untuk menyumpit...walau sudah tua, tapi Ki masih dengan kerja dia...selain meraut damak Ki juga berniaga kecil-kecilan, bukan berniat untuk mencari keuntungan tapi untuk cucu cicitnya...agar tak pergi kedai yang jauh...setiap kali aku sampai dirumah aku akan tegur dia "Huhuhu Ki akuk dah balik…hehehe" Ki selalu gurau dengan hunuskan pisau rautnya yang kecil ke arah aku...

Kepulangan aku selama seminggu dalam masa mengundi bulan lepas adalah kepulangan aku yang terakhir untuk berbual dengan Ki, aku akan pastikan aku akan berbual dengan Ki setiap kali aku balik...dan dia adalah kawan yang rapat bagi aku selain parent aku, dia banyak mendengar masalah aku...selain aku kongsikan kegembiraan aku...

Sekarang aku mula menyedari pertanyaan Ki yang aku rasakan gurau rupanya dia seperti tau yang aku tak akan sempat untuk jumpa dia waktu dia sakit tenat..."bila kau nak balik keje?, nanti bila pulak kau nak balik sini"...setiap kali nampak aku memakai pakaian kemas untuk ke pekan dia pasti merugut "ha itu nak balik la tu...", Ki juga ada merugut mahu mati cepat, tak mau susahkan sesiapa katanya…"kalau tak ingatkan ayah kau tu dah lama aku bunuh diri, biar mati cepat...", Ki merungut sebab selalu sakit (juga sedikit nyanyuk)...

Dengan bergurau aku cakap..."Aik nanti Ki mati dengan siapa saya nak cakap lagi, siapa lagi yang akan panggil akuk jahat..." sebab aku naka, Aki panggil nama aku jahat sebabselalu buat dia terkejut...aku juga selalu merungut pada Aki, jangan lagi mengubat orang..."mereka tu bukan faham ki sakit ker sihat ker, mereka tahu datang rumah Ki minta sahaja...sakit tu la, sakit ni la...walaupun cucu-cucu aki sendiri., mereka banyak duit, biar mereka pergi klinik...", dengan selamba Ki jawab..."nak buat macam mana mereka datang, tak boleh nak tolak"...

Beberapa bulan yang lepas, aku ada membeli damak untuk kawan yang mana damak itu untuk dijual...selalunya Ki akan menjual dengan harga 30 sen sebatang, tapi aku beli dengan harga 50 sen...kata Ki, "laku ke kau jual dengan harga 50 sen tu...mahal sangat tak?" sampai penat aku explain kat dia, yang kami akan simpan damak sebagai koleksi...

Segala kenangan dengan Ki tak akan aku lupakan sampai bila bila, cerita-cerita lama kehidupan Ki, selalu dia ceritakan kepada aku...bila aku jengok dia, seperti kata Ki "aku sudah bujang sewaktu gajah buat jalan kat bukit tangga tu, kampung ni bukan kat sini asal tempatnya...kampung kat sini baru lagi..." selain tu Ki selalu bercakap dalam loghat Cina bila berbual dengan aku...Aki pandai cakap cina, tapi dalam loghat Kofu (kongfu)...kata Ki "kau belajar bahasa ni, nanti aku tak ada, ada juga orang yang tahu bahasa cina lama..."

Seperti yang aku katakan, aku tak pernah merasakan akan kehilangan orang yang aku sayang...aku hanya sempat belajar sikit sahaja bahasa Ki, tiada cucu lain yang Ki ajar bahasa tu...tapi aku, belajar main-main...setiap apa sahaja yang kami masak, bila aku hantar kerumah Ki, dia akan cakap nama masakan tu dalam bahasa cina...betapa ruginya aku...

Setiap kali bila abah aku menghantar aku ke perhentian bas, Aki akan mengirim untuk membeli barang kepada abah...masih terbayang dimata aku…aki terbongkok-bongkok berkejar ke arah kereta abah yang mana kami berhenti menunggu Ki datang membawa bag duit kesayangannya...

Raya pada tahun lepas adalah yang terakhir rupanya dengan aki, aku tak dapat bayangkan macam mana keadaannya tahun ini...setiap pagi raya abah akan minta salah seorang dari kami jemput aki minum pagi bersama, bersalam, bukan mudah untuk Ki datang kerana dia tak suka beraya...tapi bila keluarga kami mengajak aki untuk merasa suasana raya…dia akan datang...

Sementahlah lagi jika adik aku yang jemput, kerana adik aku adalah orang yang selalu jenguk aki jika aki duduk didalam hutan untuk menanam padi huma...itulah kesukaan aki, suka duduk dimana dusun dan kebun kami untuk menanam padi...adik akan selalu bawa bekalan makanan aki, apa sahaja...aku hanya tunggu kakak aku untuk jenguk aki, sebab aku tak tau bawak motor masa itu...

Aku betul-betul tak sangka selepas aku pulang dari bercuti, Aki sakit tenat sampai sudah tak mampu untuk bangun lagi...kerana kesibukan, setiap kali call rumah aku lupa untuk bertanya khabar Ki...sampai lah pagi 1 april aku diberitahu Ki telah meninggal dunia, hampir jatuh jantung aku mendengar berita tu...aku amat bertuah kerana bekerja dengan bos aku sekarang ni, dia memberi pelepasan dan cuti yang lama...hampir setiap masa dalam pejalanan aku menangis kerana tak sempat minta maaf, tak tengok dan urus Ki waktu dia tenat...

Sehingga ke hari ini aku masih rindu akan aki, aku tak dapat bayang kan bagaimana keadaan aku bila aku balik nanti ke kampung pada bulan seterusnya...kerana aku akan pastikan aku akan balik setiap sebulan sekali, setiap kali aku ingat wajah aki tersenyum air mata aku pasti mengalir...

P/S : Kasihnya ibu, membawa ke syurga, kasihnya ayah... Ayah dan ibu, ayah dan ibu…itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari...aaa...

Akuk, Ong, Gun & Semu'hai

Hi semua,

Terima kasih sebab sudi melayari blog E'nak ni.

Semua ni adalah idea kawan baik E'nak, Awang nama dia. Awang memang pakar giler dalam IT, jadi selalu gak dia mintak E'nak buat Blog yang berkaitan Orang Asli. terfikir memandangkan telah banyak tempat E'nak dah pergi dan sedikit pengalaman telah dikutip, jadi adalah lebih bagus jika dikongsikan dengan semua. Tidak kira bangsa.

Melalui blog ini jugak E'nak akan menggunakan 3 bahasa kalau boleh, iaitu Bahasa Temuan, Bahasa English, dan Bahasa Kebangsaan. jadi ia amat adil untuk semua, dan jugak bagi yang mahu mempelajari bahasa Temuan.

Seperti nama E'nak sendiri diambil dari perkataan Temuan, bermaksud Makcik jika makcik itu adik emak kita. jadi cuba biasakan lah dengan penggunaannya, mungkin berbeza dari segi ejaan yang saya tulis, kerana ia melambangkan bahasa ibunda E'nak.

Dalam blog ini, akan menceritakan tentang segala perihal Orang Asli, Orang Asal diMalaysia atau dunia. tetapi mungkin jadual kerja E'nak yang sibuk akan melambatkan anda semua untk informasi dari E'nak.

Bagus jika E'nak jelaskan maksud "Akuk, Ong, Gun & semu'ak". Akuk adalah aku, Ong adalah awak, Gun bermaksud ramai cth kamu semua. Semu'hai maksudnyer semua atau keseluruhan.

Dalam bahasa temuan terlalu banyak loghat atau bahasa daerah yang digunakan dan kebanyakan bahasa temuan ini mempunyai bunyi yang berbeza-beza mengikut tempat orang temuan itu tinggal.

Penggunaan Orang Asal pulak, mengapa saya asingkan dan tidak sama dengan orang asli? jika disemenanjung Orang Asal dipanggil Orang Asli. tetapi jika kita berinteraksi dengan dunia luar kita pasti akan mengatakan bahawa kita adalah Orang Asal yang merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jika anda pergi ke Sabah dan bertanya tentang Orang Asal dipanggil sebagai apa. mereka akan mengatakan Anak Negeri, bukan Orang Asli. Orang Asal adalah term untuk kebangsaan atau antarabangsa.

dalam cerita yang lain akan E'nak cerita secara detail tentang term Orang Asal ini.

Jadi marilah kita sama-sama menjelajahi bahasa temuan dan hal-hal juga informasi berkaitan Orang Asli juga Orang Asal bukan sahaja dimalaysia malah di negara lain juga.


Terima Kasih kepada kawan baik E'nak sebab tolong paksa E'nak buat blog ni. hehehe, teruk E'nak ni nanti nak kene paksa baru buat...sibuk dengan kerja lah beb..





P/S : Aku rasa nak tembak seseorang lah, peng...