huhu..sekali lagi mood untuk menyentuh blog sentiasa datang pada hanya bulan kesayangan saya..januari. mungkin masa ni otak pun fresh dengan idea untuk menaip atau tumpuan sudah lari. pada kali ni saya rasa tertarik untuk berkongsi mengenai UNDRIP.
apa itu UNDRIP?
Dalam bahasa maksud UNDRIP adalah Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Hak Orang Asal atau dalam english United Nation Declaration on the Rights of Indigenous Peoples.
Apa Benda ni?
ini adalah hak atau undang-undang antarabangsa orang asal untuk melindungi hak-hak orang asal seluruh dunia spt melindungi budaya kita, tanah kita dan juga cara hidup kita..jika kita di semenanjung, selain akta 134 tu, deklarasi ini juga seharusnya dipraktikan supaya hak kita juga sama seperti masyarakat yang lain. sebenarnya masyarakat kita orang asal banyak keistimewaan yang tiada pada masyarakat lain..kita sangat rapat dengan alam..kita sangat rapat dengan budaya kita..kita sangat rapat dengan adat kita..kita sangat rapat dengan bukan sahaja alam ini tetapi alam yang lagi satu..itulah kita..kita mudah membezakan bentuk-bentuk masyarakat lain..dengan hanya melihat kepada bahasa mereka..jangan lupa bahawa kita juga mempunyai kepercayaan yang sangat turun termurun yang sebenarnya tidak perlu untuk kita praktikan kepercayaan yang baru atau lain..kerana pada asasnya semua adalah sama untuk kebaikan dan membawa kemanfaatan dan juga kesejahteraan..
jadi, kenapa wujud deklarasi ini?
perlaksanaan undang-undang ini adalah bertujuan untuk memastikan supaya kesemua 370 juta orang asal sedunia tidak akan berhadapan dengan diskriminasi ataupun ekspoitasi. biasa lah ni jika kita dengar mana-mana negara masyarakat orang kita tetap juga menjadi yang terkecil dan mudah tertindas..kenapa? seperti yang saya sudah bila..tiada bangsa lain yang sangat istimewa seperti kita yang banyak memberi ruang dan toleransi kepada orang lain demi negara..betul ker? cuba kita fikirkan dan kaitan dengan movie avatar..siapa yang sudah menonton cerita tu..itulah persamaan perkara ini..
berapa lama masa yang telah diambil untuk membentuk deklarasi ini?
proses perbentukan UNDRIP telah mengambil masa lebih 20 tahun sejak tahun 90an lagi. ini telah melibatkan konsultasi dan pandangan dari kerajaan-kerajaan, pakar-pakar dan orang asal dari seluruh dunia..termasuklah negara kita..tu yang bagus nak dengar tu..jadi tidak salahlah jika negara kita pun dapat mempraktikan deklarasi ini..
bila pula deklarasi ini telah diiktiraf?
13 September 2007 merupakan detik bersejarah setelah hampir setengah abad perdebatan demi perdebatan dan pada tanggal tarikh ini merupakan pengiktiran daripada United Nation atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi negara-negara menghormati dan mempraktikan deklarasi ini di negara masing-masing. negara kita sahaja sudah dua kali mengundi untuk menerima UNDRIP ini..jadi..kita harus membantu untuk melaksanakannya..
Tahu tak apa yang terkandung di dalam Deklarasi ini..?
ha..ini secara asas sahaja untuk dikongsikan..mungkin dalam tahun ini satu buku panduan sedang dalam proses. ok. antara bahagian pentiang adalah
Bahagian 1
hak Asasi- ini semua berkaitan hak-hak kita sebagai manusia dan kesamarataan dengan masyarakat yang lain.etc
Bahagian 2
Kehidupan & keselamatan - kiranya kita ni tidak salah untuk mempraktikkan kehidupan kita sendiri sebagai orang asal yang biasa kita lalui seharian. antarnya identiti kita, kerakyatan kita, kedamaian dan kebebasan kita, etc
Bahagian 3
Budaya, Agama & Bahasa - budaya turun temurun adalah hak kita, sebarang pengambilan budaya dan warisan harus dikembalikan kepada kita semula. spt tempat suci masyarakat kita, perkuburan, sejarah dan paling penting bahasa kita..semua tu kita berhak untuk mempraktikan dan mempertahankan serta mengamalkan tiada mana-mana pihak yang boleh mengubah itu semua, jika ia beralasan untuk pembangunan..baik lupakan sahaja.
Bahagian 4
Pendidikan, Media & Pekerjaan - ini lebih kepada generasi masa depan dan peranan kita sebagai generasi masa kini. ini berkaitan dengan pengajaran budaya dan bahasa kita sendiri selain kita berhak untuk mendapat akses media disamping kita seharusnya tidak didiskriminasikan dalam mencari peluang pekerjaan kerana peluang untuk semua bangsa adalah sama.
Bahagian 5
Pembangunan & Penglibatan - pernah degar FPIC atau Izin-MABT? ha..ini yang special sedikit. free, Prior Inform Consent (FPIC) or Keizinan berasaskan makluman Awal bebas dan telus, adalah sangat penting apabila ia bersangkut paut dalam proses membuat keputusan terhadap isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan kita. seperti jika sebarang projek/ undang-undang/ tindakan/ polisi yang dirancang oleh kerajaan atau bukan kerajaan. semua mesti melibatkan persetujuan dan perundingan serta makluman awal harus diberikan kepada masyarakat kita sebelum dimulakan. kita juga harus bebas untuk bersetuju tanpa paksa, rasuah dan ancaman dalam menerima sesuatu perundingan. juga telus dalam memberi informasi kepada kita dan ianya haruslah benar dan melibatkan kesan baik dan buruk. jadi dalam bahagian ini menyatakan bahawa kita berhak untuk memberi pandangan, pendapat dan sebagainya.
Bahagian 6
Tanah & Sumber - bahagian ini lebih kepada mengakui hubungan diantara orang asal dan tanah kita, juga hak kita untuk memiliki dan membangunkan tanah kita. antaranya sekiranya tanah kita diambil untuk projek pembangunan tanpa Izin-MABT ia mesti dikembalikan atau diganti rugi oleh kerajaan atau pihak yang terlibat. selain itu juga bahagian ini juga menyatakan tentang hak kita ke tas sumber-sumber seperti hutan dan sungai, dimana persetujuan daripada kita mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum sumber-sumber ini diambil daripada kita, dan sebagainya lah..ini cuma sharing secara asas ajer..
Bahagian 7
Pemerintahan Sendiri & Undang-Undang Asal - ini lebih kepada hak kita untuk menentukan jatidiri kita sebagai orang asal disamping mendapat hak kewarganegaraan masing-masing, selain kita juga berhak untuk mempertahan kan institusi kita dan adat resam, kerohanian, amalan dan sebagainya. disamping itu kita berhak untuk membuat pilihan bentuk pembangunan tanah dan sumber kita.
Bahagian 8
Perlaksanaan - bahagian ini menyatakan apa yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan dan PBB untuk memastikan UNDRIP dituruti dan diamalkan oleh semua negara. artikel dalam bahagian ini menyatakan juga tentang persetujuan-persetujuan awal dengan kerajaan mesti dilaksanakan dan kerajaan mesti mengadakan perundangan yang menyokong hak-hak orang asal dalam deklarasi ini. bantuan kewangan dan teknikal perlu dihulurkan agar orang asal dapat menikmati hak-hak seperti yang dinyatakan dalam deklarasi ini. sekiranya hak-hak yang ada dalam deklarasi ini tidak dipatuhi kerajaan mesti mengambil tindakan yang sepatutnya.
Bahagian 9
Aplikasi UNDRIP - dalam bahagian ini ia lebih kepada bagaimana tindakan awal yang boleh dilakukan, antaranya kerajaan-kerajaan bertanggungjawab untuk mempromosikan dan mengamalkan hak-hak orang asal antarabangsa ini dinegara masing-masing.etc.
P/s: bagi yang sudah biasa dengan UNDRIP bersama-samalah kita untuk mempromosikan ia sebagai salah satu undang-undang yang penting sama seperti akta orang asli. bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kita sama-sama membantu mana yang kurang dan mana yang kita kekadang lupa dan alpa.
Bahan utama drpd JOAS..
No comments:
Post a Comment