Orang Asal mempunyai satu keunikan yang tersendiri, apatah lagi golongan ini adalah masyarakat yang pertama mendiami bumi sesebuah negara. Negara kita juga tidak terkecuali mempunyai masyarakat Orang Asal, yang terbahagi kepada 3 kumpulan yang utama sekali.
Masyarakat Orang Asal di Malaysia di ketogerikan kepada 3 Kumpulan utama, yang mana masyarakat ini mendiami kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Bagi Orang Asal di Semenanjung masyarakat ini dipanggil masyarakat Orang Asli. Bagi Sabah pula Orang Asal disana dipanggil Anak Negeri, manakala di Sarawak golongan Orang Asal ini dipanggil Orang Ulu atau Dayak.
Dalam ketiga-tiga kumpulan utama ini, dibahagikan pulak kepada kumpulan-kumpulan suku kaum yang dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil.
Oleh kerana E'nak ni berasal dari semenanjung, eloklah kiranya untuk kali ini E'nak bercerita tentang masyarakat Orang Asal disemenanjung yang masyarakat E'nak dipanggil Orang Asli.
Msyarakat Orang Asli disemenanjung terbahagi kepada 3 kumpulan utama, iaitu Senoi, Melayu Asli dan Negrito.
3 kumpulan ini diketogorikan pulak kepada kumpulan suku kaum yang kecil, ini adalah berdasarkan kaum Orang Asli itu sendiri.
Kumpulan pertama iaitu Senoi, antara kaum yang diketogorikan adalah seperti, Semai, Temiar, Mah Meri, Chewong, Semaq Beri dan Jahut.
Kumpulan Melayu Asli, antara kaum masyarakatnya adalah, Temuan, Semelai, Jakun, Orang Seletar, Orang Kuala, Orang Kanaq.
Kumpulan Negrito pula adalah, Bateq, Jahai, Lanoh, Kintaq, Kensiu dan Mendriq.
Jadi, disemenanjung kita mempunyai sebanyak 18 suku bangsa Orang Asli, dan jika dikira jumlah keseluruhan masyarakat orang asli yang seramai 141 ribu orang sahaja yang mana 0.5 percen dari bilangan masyarakat bangsa lain.
Jika kita lihat situasi sekarang dinegara ni, ramai yang mengatakan berlakunya masalah kemiskinan dikalangan orang asli. Jika dibanding masyarakat Sabah dan Sarawak.
Pada pendapat E'nak lah, ye. Di semenanjung mejoriti penduduk adalah bangsa lain, manakala Orang Asli adalah minoriti dan dibawah pemantauan JHEOA iaitu singkatan untuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, dan seperti kita sedia maklum jabatan ini mempunyai Staff berbangsa lain, da bukan dikalangan Orang Asli.
Tidak hairan jika Sabah dan Sarawak, Orang Asal disana lebih kehadapan kerana masyarakat Asal disana mejoriti adalah Orang Asal. segala pengurusan kerajaan adalah dibawah masyarakat Asal disana. Jika anda pergi bercuti ke sabah atau sarawak pasti akan melihat sendiri kelainannya. dari segi bahasa, budaya, dan kaum disana.
Pun begitu, disemenanjung E'nak tak cakap yang kami terlalu miskin walau dipantau oleh jabatan, ada juga kampung yang maju oleh kerana pegawai yang membantu itu ikhlas dalam kerja mereka. itupun jika kampung itu dipinggir bandar.
Namun jika mempunyai pegawai yang tidak ikhlas dalam tugas pasti kedudukan orang asli akan tetap sama seperti waktu sebelum merdeka lagi.
Bila kita sebut Orang Asli, masyarakat ini dibawah JHEOA, dan menggunakan Dasar Kerajaan yang berkaitan pentadbiran Orang Asli di semenanjung sejak tahun 1961 sebagai garis panduan dalam membangun masyarakat Enak.Tujuan nyer juga bagi menyatupadukan masyarakat enak yang dulunya hidup bertaburan.... Tapi rasanyer sekarang walau perkampungan sudah berkelompok tetapi hidup kami lebih teruk lagi dari sebelum ini.
Akta 134 yang diwujudkan pada tahun 1954. akta ini adalah untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan kesentosaan dan kemajuan Orang Asli. Jika anda membaca artikel ni, memang ada sesuatu yang menarik dan juga mungkin sesuatu yang pelik. Kunci kepada akta ini adalah kemajuan dan kesentosaan masyarakat enak, namun jika kita kira dari usia akta ini digunapakai...berapa lah sangat kesentosaan dan kemajuan yang kami nikmati...sedangkan jika kita lihat dalam bahagian-bahgian akta lain semua memberi keberkesanan...
Percaya atau tidak jika E'nak katakan bahawa masih ramai dikalangan Orang Asli yang tidak mengetahui tentang akta tersebut dalam pengurusan Orang Asli disemenanjung. tetapi itulah yang berlaku. Mungkin kerana Orang Asli itu tidak pandai membaca, menulis hingga mereka tidak diberitahu, tetapi apakah mereka harus diketepikan hak mereka dari mengetahui tentang hal ehwal mereka.
Apatah lagi sekarang ni temetrinya satu lagi hak untuk orang Asal, iaitu, Deklarasi Hak Orang Asal Antarabangsa yang diiktiraf oleh United Nation, pada 13 September 2007. Orang Asli juga tidak terkecuali untuk mengetahui tentang hak yang satu ini. namun, jika Akta 134 pun mereka tidak tahu bagaimana untuk mereka mengathui tentang hak antarabangsa pulak kan..
satu tindakan harus diambil bagi menyebarkan berita ini dan E'nak akan sentiasa membantu untuk menyebarkan risalah tentang Deklarasi ni, walau pun dengan cara bercerita dan tunjuk gambar. tetapi ia amat penting untuk orang asli. E'nak akan masukan juga nanti artikel yang berkaitan deklarasi tersebut di blog ni.