Sunday, March 7, 2010

Penghuni haram tanah S'wak diusir

Penghuni haram tanah S'wak diusir
Okt 12, 09 4:32pm
Penduduk haram tanah negeri atau mereka yang mendakwa taraf tanah Hak Adat Pribumi (NCR) akan diusir, kata Menteri Perancangan dan Sumber Asli kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata undang-undang negeri sebelum 1 Jan, 1958 hanya mengiktiraf "Temuda" (tanah hutan yang dibersihkan untuk dijadikan tempat pertanian dan diduduki oleh kaum pribumi) sebagai tanah NCR.

"Hanya tanah temuda diiktiraf sebagai tanah yang telah diterima oleh mahkamah kita dan oleh pelbagai masyarakat pribumi sebelum 1958," katanya berucap pada Seminar Tanah NCR selama dua hari untuk kakitangan awam dari Bahagian Sibu, Sarikei, Kapit dan Mukah di Sibu hari ini.

Sistem undang-undang masyarakat Iban atau "tusun tunggu" diluluskan oleh pemimpin Iban pada 1951 juga memberikan definisi sebenar tanah NCR, katanya.

"Definisi kerajaan mengenai tanah NCR termaktub dalam undang-undang yang dikuatkuasakan sebelum 1 Jan, 1958, selepas tarikh ini, tanah NCR tidak boleh diwujudkan dengan permit yang dikeluarkan oleh superintenden tanah dan Jabatan Ukur," jelasnya.

Awang Tengah berkata terdapat sedikit kekeliruan mengenai definisi itu kebelakangan ini yang dibuat oleh setengah pihak dengan agenda mereka sendiri.

Sesetengah NGO dan ahli politik telah menyulitkan kekeliruan untuk mengecewakan atau melambatkan program pembangunan untuk pemilik tanah, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri sangat komited untuk membangunkan tanah seperti itu atas dasar pelaburan bersama dengan pelabur swasta bagi membasmi kemiskinan luar bandar.

Sarawak mempunyai kira-kira 1.5 juta daripada 12.4 juta hektar tanah NCR yang kebanyakan di empat bahagian itu.

Menurutnya, sebarang pertikaian berkaitan tanah itu hendaklah ditangani melalui Mahkamah Sivil atau Mahkamah Pribumi dan bukan pemilik berdemonstrasi, menghalang atau mengugut mereka yang datang untuk membuat kerja-kerja ukur. BERNAMA


http://www.malaysiakini.com/news/114858

Empangan Kelau: 27 Orang Asli fail semakan kehakiman

Empangan Kelau: 27 Orang Asli fail semakan kehakiman
Nov 12, 07 6:16pm
Seramai 27 Orang Asli memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Pengarah Jabatan Alam Sekitar yang meluluskan laporan EIA bagi projek pembinaan Empangan Kelau, Raub, Pahang untuk tujuan pemindahan air mentah dari Pahang ke Selangor.

Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas menetapkan 13 April tahun depan untuk mendengar permohonan yang difailkan pada 9 Oktober lalu oleh tiga Orang Asli suku kaum Senoi dan 24 Orang Asli suku kaum Temuan itu. Mereka memfailkan permohonan itu melalui Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham, Hasnal Rezua & Yusmadi.

Dalam permohonan bagi semakan kehakiman itu, pemohon yang diwakili oleh Pendor bin Anger dan 26 yang lain menamakan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Kerajaan negeri Pahang dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, demikian menurut laporan Bernama.
Mereka memohon satu perintah deklarasi bahawa Kerajaan Pahang dan Kerajaan Malaysia dalam memutuskan untuk membatalkan Warta No 10 bertarikh 29 November 1976, iaitu tanah yang mereka diami, telah mengingkari kewajipan fidusiari terhadap mereka.

Mereka mendakwa tanah itu adalah tanah turun-temurun dan telah mewarisinya sejak zaman nenek moyang mereka lagi dan mereka juga mencari rezeki di kawasan itu untuk menyara keluarga.

Mereka juga memohon perintah deklarasi bahawa Kerajaan Malaysia yang meluluskan pembinaan projek empangan itu telah mengingkari kewajipan fidusiari untuk melindungi, memajukan dan memelihara Orang Asli di negara ini.

Kajian hidupan liar

Orang Asli itu mendakwa mereka tidak tahu menahu tentang laporan EIA yang diluluskan oleh pihak kerajaan pada 24 April 2001 mengikut Seksyen 34A(3) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 sehingga diberitahu oleh peguam mereka.

Dalam permohonan itu, mereka antara lain memberi alasan bahawa laporan EIA itu tidak menepati panduan-panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui "A Handbook of Environmental Impact Assessment Guidelines" dan "Environmental Impact Assessment Guidelines for Dams" yang wajib dipatuhi.

Mereka mendakwa hasil penyelidikan terhadap laporan EIA itu, mereka mendapati laporan itu gagal memperuntukkan kajian hidupan liar yang terperinci, munasabah, juga meragukan.

Orang Asli itu juga mendakwa laporan EIA itu gagal sama sekali memberi data dan penilaian alam sekitar dan kawasan yang terjejas akibat pembinaan Empangan Kelau itu.

Selain memohon deklarasi, Orang Asli itu juga menuntut kos yang akan dibayar responden dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


http://www.malaysiakini.com/news/74680

300 murid Orang Asli keracunan makanan

300 murid Orang Asli keracunan makanan
Mac 2, 10 11:06am

Hampir semua 300 murid anak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, dekat Gua Musang, mengalami sakit perut, muntah dan pening dipercayai keracunan makanan selepas makan tengah hari di kantin asrama sekolah itu semalam.

Sebahagian mereka dikejarkan ke Hospital Gua Musang manakala sebahagian lagi dibawa ke Hospital Tanah Rata di Cameron Highlands.

Asrah Along, 47, berkata anaknya bergegas pulang ke rumah mengadu sakit perut dan muntah selepas makan nasi berlauk telur rebus di kantin asrama sekolah terbabit hingga keadaannya menjadi letih selepas itu.

Bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya yang letih, beliau membawa anaknya ke sekolah untuk dimaklumkan kepada guru.

"Kami pergi ke sekolah semula bersama anak kerana keadaannya semakin teruk dan terpaksa menunggu beberapa jam untuk dihantar ke hospital. Anak kami beritahu telur rebus yang dimakan itu berbau busuk dipercayai sudah lama," katanya kepada pemberita hari ini.

Halang Angah, 53, pula berkata, beliau terkejut apabila anaknya pulang dalam keadaan keletihan dan pakaian sekolah terkena muntah.

Beliau berkata anaknya mengadu pening kepala sebelum merujuk perkara berkenaan kepada pihak sekolah.

"Saya yang datang ke sekolah melihat ramai murid lain dalam keadaan keletihan kerana mengalami nasib sama tetapi ketika itu belum ada kenderaan untuk menghantar anak ke hospital," katanya.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/125442

Kerajaan umum 150 juta untuk Orang Asli

Kerajaan umum 150 juta untuk Orang Asli

Salhan K Ahmad
Mac 6, 10
2:29pm

Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi memperbaiki infrastruktur untuk Orang Asli.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata peruntukan ini akan disalurkan melalui kerangka bidang keberhasilan negara (NKRA).

Sejumlah besar daripada peruntukan ini akan disalurkan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi meningkatkan penyertaan golongan itu dalam bidang keusahawanan, katanya.

Tumpuan berkenaan adalah untuk membasmi kemiskinan di kalangan Orang Asli, tambahnya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tanah dan Orang Asli di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas dalam sidang media selepas itu, Shafie berkata jumlah berkenaan merupakan tambahan kepada sejumlah RM41 juta yang diperuntukkan dalam Bajet 2010 untuk pembaikan prasarana masyarakat Orang Asli.

"Ini buk
an saja untuk sediakan kemudahan tetapi juga untuk membangunkan masyarakat usahawan Orang Asli.

"Kita telah jalankan program untuk melatih Orang Asli di Pusat Giat MARA dan ini akan dipertingkatkan lagi.

"Bila mereka dilatih kemungkinan mereka boleh masuk bukan saja di bandar tapi juga di luar bandar bagi memenuhi keperluan-keperluan membaiki motorsikal, kereta dan ini adalah sebagian daripada usaha kita," katanya.

Katanya lagi, kerajaan juga menyasarkan untuk menempatkan seramai 121 pelajar Orang Asli ke institusi pengajian tinggi tempatan dan juga seramai lima orang ke universiti luar negara melalui tajaan MARA.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hasrat Orang Asli untuk mengisi sekurang-kurangnya 70% jawatan di dalam Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Shafie berkata masyarakat berkenaan tidak sepatutnya mengehadkan perkhidmatan mereka di jabatan itu sahaja.

"Apa yang penting kepada kita apabila kita hendak meletakkan seseorang berdasarkan perkhidmatan, adalah lebih baik daripada kita berdasarkan hanya sesuatu kaum sahaja. Yang penting penyertaan mereka harus kita pertimbangkan.

"Kita mahu mereka berjaya dalam pelbagai bidang -- JKR, kesihatan, EPU, kewangan. Saya mahu mereka membatasi jabatan-jabatan lain, supaya mereka juga boleh melahirkan rangkaian.

"Esok nak dapat kerja hendak dapatkan lebih banyak usahawan, ada rakan-rakan kita di sana," katanya lagi.

Senator: Ada pihak kelirukan Orang Asli

Senator: Ada pihak kelirukan Orang Asli

Salhan K Ahmad
Feb 25, 10
5:52pm

http://www.malaysiakini.com/news/125174

Peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negara (1965) tidak akan dimansuhkan, sebaliknya akan ditambahbaik bagi melindungi kepentingan Orang Asli, kata Senator Muhammad Olian Abdullah.

Muhammad - senator dari suku kaum Semelai, Pahang - berkata demikian bagi menjawab kekhuatiran yang ditimbulkan orang sekumpulan 30 Orang Asli di Gombak yang berdemonstrasi di hadapan pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di situ semalam.

Menurutnya, kumpulan masyarakat tersebut mungkin telah dipengaruhi dan dikelirukan oleh pihak ketiga tertentu apabila bertindak mengadakan perhimpunan semalam.

"Anda tahulah sesetengah orang ini mungkin ada kepentingan peribadi atau politik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Antara yang ditimbulkan oleh kumpulan Orang Asli berkenaan ialah hak pemilikan ke atas tanah saka dan tanah rayau mereka, yang dikhuatiri hilang selepas undang-undang tersebut dipinda.

Isu ini timbul selepas kerajaan memperkenalkan Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Kepada Orang Asli untuk Kegunaan pertanian dan kediaman, yang diluluskan dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara awal Disember lalu.

Dasar tersebut antara lainnya menggariskan pemilikan tanah seluas dua hingga enam ekar tanah ladang dan juga bagi tapak penempatan seluas 5,000 kaki persegi hingga seperempat ekar.

Pemilikan secara kekal ke atas tanah tersebut akan diberikan kepada setiap ketua isirumah Orang Asli, makala sekatan-sekatan dikenakan bagi menghalang tanah tersebut daripada disewa, digadai, dipajak atau dilepaskan hak milik.

Dasar ini bakal dikuatkuasakan melalui pindaan di dalam kedua-dua seksyen berkenaan dalam Kanun Tanah Negara.
.
"Pada asalnya, akta ini dicadang untuk dibentang di parlimen pada bulan depan, tapi melihat situasi sekarang, mungkin tidak sempat untuk dibentangkan.

"Sekarang JHEOA perlu jalankan lebih banyak lagi sesi penerangan dengan pemimpin masyarakat Orang Asli dan ketua-ketua kampung supaya mereka faham dasar," katanya lagi.

Jelasnya, masyarakat tersebut perlu memahami tujuan kerajaan meminda akta berkenaan bagi melindungi kepentingan Orang Asli berkenaan.

"Mereka perlu faham, akta berkenaan tidak akan sekat hak ke atas tanah tanah saka dan tanah rayau mereka.

"Apa yang disebut dalam dasar itu, contohnya kalau satu kampung ada 60 keluarga, mereka akan dapat 60 ekar tanah manakala kawasan yang selebihnya itu akan jadi kawasan rayau mereka," katanya.

"Malah akta baru ini akan beri milik tanah tersebut kepada mereka, dalam akta lama perkara ini (pemilikan) tidak ada. Definisi untuk Orang Asli juga akan dimasukkan untuk menyebut kesemua 18 suku kaum yang ada. Dalam akta lama tidak disebut," katanya lagi.

Tambahnya, masyarakat berkenaan juga tidak akan dikenakan sekatan bagi memohon jumlah tanah yang lebih banyak daripada apa yang diperolehi.

RM150 juta tingkatkan penempatan Orang Asli

RM150 juta tingkatkan penempatan Orang Asli


SHAFIE Apdal bersalaman dengan para peserta pada majlis perasmian Konvensyen Tanah dan Akta Orang Asli Semenanjung Malaysia di Kompleks Darul Putri Cheras, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Mac – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengumumkan pemberian peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta untuk meningkatkan prasarana penempatan Orang Asli di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan sendiri oleh koperasi dan usahawan Orang Asli dalam tempoh tiga tahun akan datang.

‘‘Program pembangunan prasarana penempatan Orang Asli ini akan memberi manfaat kepada masyarakat itu asalkan mereka tidak mengalibabakan projek yang diberikan kerajaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Akta Orang Asli Semenanjung Malaysia di sini hari ini.

Program anjuran Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Datuk Mohd. Sani Mistam dan Presiden PSOA, Rashid Ka’.

Dalam pada itu jelasnya, kerajaan terus berusaha meningkatkan kemudahan pendidikan dan latihan untuk Orang Asli dengan sasaran sekurang-kurangnya 112 pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tahun ini.

Katanya, menerusi usaha itu kerajaan juga menyasarkan sekurang-kurangnya lima pelajar Orang Asli dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menurutnya, ia bagi memastikan generasi muda masyarakat itu berpelajaran dan dapat membantu membebaskan keluarga serta masyarakat mereka daripada belenggu kemiskinan.

“Terdapat sekitar 300 pelajar Orang Asli di IPTA sekarang dan kita menyasarkan minimum 112 lagi pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tahun ini.

“Saya telah meminta Majlis Amanah Rakyat (Mara) menilai bidang bersesuaian untuk menghantar sekurang-kurangnya lima pelajar orang asli yang berkelayakan melanjutkan pelajaran ke luar negara,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Shafie memaklumkan kemasukan serta merta Rashid ke dalam Majlis Penasihat Kebangsaan Orang Asli bagi membolehkan pandangan dan pendapat daripada PSOA mahupun masyarakat itu disampaikan lebih pantas kepada kerajaan.

Jelasnya, pelajar Orang Asli yang cemerlang dalam peperiksaan juga akan dimasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sementara golongan belia mereka diberi peluang menyertai Pusat Giat Mara.

Tambahnya, setelah mendapat pendidikan dan kemahiran, mereka perlu mengambil tempat di jabatan-jabatan kerajaan bagi membentuk rangkaian untuk memudahkan proses memajukan Orang Asli.

Dalam pada itu Mohd. Shafie memberitahu, pindaan ke atas Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) sedang diperhalusi Peguam Negara sebelum dibentangkan ke Dewan Rakyat bulan ini atau Jun ini.

“Pindaan akta tersebut dapat memudah dan meningkatkan hak milik berdaftar Orang Asli ke atas tanah mereka yang kini hanya berjumlah 0.03 peratus (Semenanjung Malaysia),’’ katanya.

Selain tanah dan pendidikan jelasnya, kementerian telah mengenal pasti beberapa bidang yang perlu dibangunkan untuk meningkatkan kualiti hidup Orang Asli termasuk kesihatan, ekonomi, prasarana penempatan serta pengetahuan tradisional dan warisan.

Tuesday, March 2, 2010

Tyranny of the Malaysian bureaucracy — Lim Teck Ghee

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/54640-tyranny-of-the-malaysian-bureaucracy--lim-teck-ghee

Tyranny of the Malaysian bureaucracy — Lim Teck Ghee

FEB 26 — During the last few days we have had two clear examples of how tyrannical and vicious the Malaysian bureaucracy can be, and how unyielding it is to any reform measures or initiatives. This Mr Hyde side of the Malaysian bureaucracy is not the usual dark side that the Malaysian public is familiar with — one associated with inefficiency, laziness, poor service, abuse of power or corruption.

It is one that is part and parcel of the hidden racially-charged context of our institutions and it smacks of the ideology of Malay dominance — or even Malay supremacy — that the civil service has come to personify. This is the dark side that is generally kept away from public scrutiny and accountability, not only because it runs against the grain of what a modern, progressive and representative civil service is, but also because it is regarded as politically incorrect to discuss or analyse it.

The first example appeared just two weeks ago when a courageous whistleblower, Dr Selvaa Vathany, a doctor from the Orang Asli Affairs Department (JHEOA) Hospital, Gombak made startling claims of rampant malpractice, misappropriation of resources and other wrongdoings by the hospital staff and associated agencies of government dealing with the Orang Asli.

Dr Selvaa is not your ordinary whistleblower. Providing details on the importance of healthcare and medical assistance for the Orang Asli — their children are 15 times more likely to die from malnourishment compared to other children — she revealed that for entire communities “essentials given out are limited to one to two bottles of cooking oil, six to eight tins of canned food, two packets of 400g Milo, 15 to 20 small packets of milk powder, 10 to 20 diapers, two bottles of detergent and 10 to 20 pairs of slippers, per visit. These are distributed at random… If the villagers are lucky, distribution could be as frequent as once in every two to three months”.

She noted that “a tin of infant milk is divided into six small packets with 15 to 20 packets distributed to a village of between 250 to 500 people”.

All of this is strong circumstantial evidence that resources meant for Orang Asli communities are hijacked, possibly by the very people entrusted with the responsibility of distributing them to these vulnerable groups.

In her press conference, she also pointed to an institutional defect in which individuals without medical training and incapable of following Health Ministry protocols and standards were made hospital administrators and were appointed from the Rural and Regional Development Ministry.

Most tellingly, she pointed to an extensive cover-up of the scandal with little or no follow-up to the complaints made to the Prime Minister’s Department, Rural and Regional Development Ministry, Health Ministry, Chief Secretary, Public Service Department and Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

The only follow-up that has taken place appears to have been the thuggish and unacceptable response of the team from the Rural and Regional Development Ministry who “questioned the complaint… made by the Orang Asli in an unprofessional manner”, and threatened and attempted to intimidate them.

For her professionalism and integrity in speaking out on behalf of a marginalised and impoverished community, Dr Selvaa is now being transferred to Kedah where presumably she will be left to rot and to rue her courageous challenge of the status quo.


OUTSIDERS CONTROLLING THE ORANG ASLI

The second example also relates to the Orang Asli and it concerns the response of the Orang Asli Affairs Department to the demand for increased representation at the management level in government agencies formed to handle Orang Asli affairs.

According to the group raising these concerns, the JHEOA is staffed by over-80 per cent non-Orang Asli, resulting in decisions not favourable to their needs and the marginalisation of Orang Asli voices in important policies that affect their livelihoods.

This is not the first time that such concerns have been raised. During the past 50 years we have had a constant stream of written petitions, memoranda, press statements, expert reports and academic work that have drawn attention to the way in which the government has violated the basic rights of the Orang Asli and analyzed how the JHEOA and associated government agencies have been the main instruments for control and repression of the community.

In response, the Government has simply ignored them or opted for delaying tactics.

In this particular instance, in typical foot-dragging response, the department’s Director-General Mohd Sani Mistram said that the group should have gone through the “proper channels” to air their grievances and that it was an “internal matter” between the Orang Asli and the department.

Both these cases — the punishment meted out to a whistleblower and the cold shoulder treatment of legitimate Orang Asli grievances — epitomise how dangerous it is for our democratic system to remain silent or passive in the face of an increasingly out of touch and unrepresentative civil service. They are the tip of the iceberg of many unexposed and undisclosed abuses that needs to be put in the spotlight of public scrutiny.

At the end of the day, the most effective public scrutiny that can realistically have an immediate impact on these cases of rogue individuals and agencies of the civil service that are throttling the Orang Asli is that coming from Malay intelligentsia and Malay civil society.

Indeed, some Malay colleagues have shown goodwill in helping the Orang Asli to correct some of the “historical injustices” that have been perpetrated on the original inhabitants of the Peninsula. It could make a difference if Malay leaders are willing to take up the case of Dr Selvaa and stop her victimization by the Ministry of Rural and Regional Development.

At the same time, more Malaysians of conscience need to step up to the plate if the Orang Asli community is to regain their rightful place in the country. — CPI Asia