Thursday, January 28, 2010

Rindu dengan Aki..


Tanggal 9 Julai 2008, genap 100 hari Aki pergi....

Ucapan terima kasih dari kami sekeluarga kepada yang pernah mendekati Aki walau tidak pernah berjumpa dengan beliau..Juga derma yang boss dan kak Rie berikan. kami amat menghargai pemberian itu...dan abah sudah katakan kepada umum tentang pemberian itu ( ia wajib dalam adat)

Setelah ketiga-tiga kenduri mendiang Aki, aku hadiri...baru hari ini hati aku tenang kembali dan rasanya semangat aku kembali semula kepada aku...tidak seperti sewaktu Mendiang mula pergi dulu...

Mungkin waktu itu aku masih tak boleh terima kawan yang selalu aku mengadu masalah...telah pergi tinggalkan aku...kawan yang selalu aku buat joke...kawan yang selalu aku merungut bila bercakap dengan aku dia guna bahasa cina....tapi dengan cucu lain cakap bahasa asli...kesalnya aku bila aku tak manfaat apa yang diajar...

Sebelum mendiang meninggal...beliau ada memberi pesan agar rumah beliau dibakar apabila beliau meninggal. Namun, hanya dalam bulan 5 baru rumah beliau dibakar...dalam jangka waktu rumah tidak dibakar...aku sering didatangi mimpi. Ada yang mengatakan mimpi itu kerana aku tidak boleh terima mendiang pergi...ada yang mengatakan mimpi aku itu kerana mendiang ada hutang...ada juga yang mengatakan bahawa hajat beliau tidak ditunaikan (rumah yang tidak dibakar).

Aku sedaya mungkin bertanya kepada sesiapa sahaja yang pernah berurusan dengan mendiang (sebab Aki ada membuka kedai kecil). tapi tak ada seorang yang kata mendiang ada hutang...aku kenal Aki dia seorang yang tak suka berhutang...sebab dia akan panggil aku untuk kira semua barang yang dia beli...paling tidak, kerja aku adalah menyusun barang dalam rumah kedai dia...tapi aku tidak pasti jika waktu itu aku tidak ada dirumah. Tapi untuk puaskan hati, aku tanya juga kepada setiap orang...sampaikan aku sendiri bayar niat mana tahu aku sendiri ada hutang walaupun hutang itu hanya hutang janji.

Pada malam keberapa (aku tak ingat) sewaktu di Jerman, aku ada bermimpikan Aki....dalam mimpi dia hanya tersenyum kepada aku...dia ada cakap sesuatu tapi aku tak ingat apa butir-butir bicara mendiang...aku langsung tak sabar untuk balik ke malaysia masa tu memang apatah lagi aku tak sihat masa tu...

Waktu diPhilipina aku mimpi lagi perkara yang sama...tapi aku tak cerita kepada sesiapa...aku hanya menanti untuk pulang sahaja..dan lihat sendiri apa yang sebenarnya dah belaku...Ya...bila aku pulang...ke kampung rumah aki dah pun dibakar...rupanya itulah hutang mendiang yang terakhir yang belum dibayar...Pun begitu waktu aku lalu di depan rumah aki ( waktu balik Kg) aku nampak memang sebiji rumah aki...masih cantik sewaktu dia pergi dulu...tak ada semak...(waktu tu petang). keesokan pagi nya aku terkejut sangat bila melihat rumah aki hanya tinggal tiang dengan arang, juga tandas yang ditinggalkan.Bila aku tanya kepada kakak...dalam hujung bulan 5 rumah tu dibakar...baru terjawab mimpi aku
...

apa yang menarik untuk aku kongsikan lagi adalah sewaktu uncle aku mahu menanam batu nisan...mereka terkejut ada kesan tapak kaki harimau di atas makam mendiang...(Mak kata Tampok Aki) sebab aki seorang bomoh...dulu aki ada cerita dia ada beri makan haiwan itu sewaktu dia menanam pagi di dusun milik kami. (kami panggil dusun bongkos) kawasan hutan air pertang..mengikut cerita mereka jika lambat kami membuat kenduri 7 hari (simen)...atau jika liang tidak dalam mungkin makam mendiang akan digali.

Aku lah yang selalu Aki marah sebab suka merayap dalam hutan...cari bunga hutan laa...buah hutan laa...walau pun aku tak tahu nama...bila dah aku kumpul...semua tu aku bagi dekat Aki untuk tahu nama pokok tu secara oral jer la...nanti lama sikit aku lupa..kalau aku catit nama-nama pokok yang dia bagi tahu...mesti dah bannyak...itulah kerugian aku, keinginan untuk tahu itu hanya secara oral sahaja..sebab dari orang tuakan.

Tapi sekarang aku dapat rasakan yang semangat aku dah kembali...malah aku sudah tidak menangis lagi tak macam hari tu satu minggu aku balik KL...aku masih manangis...sampaikan terpaksa bertanya kepada niniek Sagong Tasi..semangat aku ikut dia sebab waktu dia dikebumikan aku nangis teruk. sebab itu kenapa aku masih menangis walau dalam hati tak mahu menangis...tapi now aku sudah boleh terima.

Terima kasih kepada boss sebab bagi pelepasan cuti kepada saya untuk kali ini..dan hari-hari yang sebelum ini (mendiang sudah pulangkan semangat saya). Walau saya juga ingin mengetahui secara live tentang Orang Laut...Tapi hati saya kata saya mesti balik...nasib baik bos tak marah hehehhe. kerana saya mahu setiap makanan yang dihidangkan untuk mendiang ada daripada air tangan saya...kerana dia selalu merungut jika saya tak masak untuk dia...sewaktu hayat mendiang.

Terima kasih juga kepada Sze ning....dialah yang selalu membantu saya sewaktu saya dalam keadaan langsung tak ada semangat untuk kerja...untuk apa sahaja...semenjak aki saya pergi..Kalau boss angry dengan keadaan akak yang tak ada semangat...dialah yang banyak tolong...saya tak salah kan boss ... dia tak tahu apa yang berlaku kepada saya.

Kak Rieta juga tak jemu jadi mesin rakaman untuk saya mengadu...banyak yang akak bantu saya sepanjang saya dalam kabut...pengalaman sewaktu akak kehilangan ninek (grandma) buat saya cuba kuat...saya amat menghargai..terima kasih..

Maafkan saya jika saya banyak menyusahkan you all semua...saya amat mengesali apa yang berlaku ke atas diri saya...saya juga mohon maaf jika saya banyak menyukarkan kerja. banyak kerja yang tak siap kerana jiwa saya yang separuh hidup dan mati..field trips terutamanya...jika saya buat semua jadi tak happy dalam trips kerana keadaan saya yang macam orang gila saya rasa... kekadang saya buat happy sedangkan saya langsung tak happy. mungkin juga kekadang kata-kata saya menyinggung perasaan you all semua. sekarang saya rasa saya sudah kembali semangat saya walau ianya sedikit...sedikit...sedikit...

P/S: Upacara yang lengkap akan dimasukan kemudian...

Sekian,,
Jenita Engi

Tuesday, January 26, 2010

UNDRIP

huhu..sekali lagi mood untuk menyentuh blog sentiasa datang pada hanya bulan kesayangan saya..januari. mungkin masa ni otak pun fresh dengan idea untuk menaip atau tumpuan sudah lari. pada kali ni saya rasa tertarik untuk berkongsi mengenai UNDRIP.

apa itu UNDRIP?
Dalam bahasa maksud UNDRIP adalah Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Hak Orang Asal atau dalam english United Nation Declaration on the Rights of Indigenous Peoples.

Apa Benda ni?
ini adalah hak atau undang-undang antarabangsa orang asal untuk melindungi hak-hak orang asal seluruh dunia spt melindungi budaya kita, tanah kita dan juga cara hidup kita..jika kita di semenanjung, selain akta 134 tu, deklarasi ini juga seharusnya dipraktikan supaya hak kita juga sama seperti masyarakat yang lain. sebenarnya masyarakat kita orang asal banyak keistimewaan yang tiada pada masyarakat lain..kita sangat rapat dengan alam..kita sangat rapat dengan budaya kita..kita sangat rapat dengan adat kita..kita sangat rapat dengan bukan sahaja alam ini tetapi alam yang lagi satu..itulah kita..kita mudah membezakan bentuk-bentuk masyarakat lain..dengan hanya melihat kepada bahasa mereka..jangan lupa bahawa kita juga mempunyai kepercayaan yang sangat turun termurun yang sebenarnya tidak perlu untuk kita praktikan kepercayaan yang baru atau lain..kerana pada asasnya semua adalah sama untuk kebaikan dan membawa kemanfaatan dan juga kesejahteraan..

jadi, kenapa wujud deklarasi ini?
perlaksanaan undang-undang ini adalah bertujuan untuk memastikan supaya kesemua 370 juta orang asal sedunia tidak akan berhadapan dengan diskriminasi ataupun ekspoitasi. biasa lah ni jika kita dengar mana-mana negara masyarakat orang kita tetap juga menjadi yang terkecil dan mudah tertindas..kenapa? seperti yang saya sudah bila..tiada bangsa lain yang sangat istimewa seperti kita yang banyak memberi ruang dan toleransi kepada orang lain demi negara..betul ker? cuba kita fikirkan dan kaitan dengan movie avatar..siapa yang sudah menonton cerita tu..itulah persamaan perkara ini..

berapa lama masa yang telah diambil untuk membentuk deklarasi ini?
proses perbentukan UNDRIP telah mengambil masa lebih 20 tahun sejak tahun 90an lagi. ini telah melibatkan konsultasi dan pandangan dari kerajaan-kerajaan, pakar-pakar dan orang asal dari seluruh dunia..termasuklah negara kita..tu yang bagus nak dengar tu..jadi tidak salahlah jika negara kita pun dapat mempraktikan deklarasi ini..

bila pula deklarasi ini telah diiktiraf?
13 September 2007 merupakan detik bersejarah setelah hampir setengah abad perdebatan demi perdebatan dan pada tanggal tarikh ini merupakan pengiktiran daripada United Nation atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi negara-negara menghormati dan mempraktikan deklarasi ini di negara masing-masing. negara kita sahaja sudah dua kali mengundi untuk menerima UNDRIP ini..jadi..kita harus membantu untuk melaksanakannya..

Tahu tak apa yang terkandung di dalam Deklarasi ini..?
ha..ini secara asas sahaja untuk dikongsikan..mungkin dalam tahun ini satu buku panduan sedang dalam proses. ok. antara bahagian pentiang adalah

Bahagian 1
hak Asasi- ini semua berkaitan hak-hak kita sebagai manusia dan kesamarataan dengan masyarakat yang lain.etc

Bahagian 2
Kehidupan & keselamatan - kiranya kita ni tidak salah untuk mempraktikkan kehidupan kita sendiri sebagai orang asal yang biasa kita lalui seharian. antarnya identiti kita, kerakyatan kita, kedamaian dan kebebasan kita, etc

Bahagian 3
Budaya, Agama & Bahasa - budaya turun temurun adalah hak kita, sebarang pengambilan budaya dan warisan harus dikembalikan kepada kita semula. spt tempat suci masyarakat kita, perkuburan, sejarah dan paling penting bahasa kita..semua tu kita berhak untuk mempraktikan dan mempertahankan serta mengamalkan tiada mana-mana pihak yang boleh mengubah itu semua, jika ia beralasan untuk pembangunan..baik lupakan sahaja.

Bahagian 4
Pendidikan, Media & Pekerjaan - ini lebih kepada generasi masa depan dan peranan kita sebagai generasi masa kini. ini berkaitan dengan pengajaran budaya dan bahasa kita sendiri selain kita berhak untuk mendapat akses media disamping kita seharusnya tidak didiskriminasikan dalam mencari peluang pekerjaan kerana peluang untuk semua bangsa adalah sama.

Bahagian 5
Pembangunan & Penglibatan - pernah degar FPIC atau Izin-MABT? ha..ini yang special sedikit. free, Prior Inform Consent (FPIC) or Keizinan berasaskan makluman Awal bebas dan telus, adalah sangat penting apabila ia bersangkut paut dalam proses membuat keputusan terhadap isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan kita. seperti jika sebarang projek/ undang-undang/ tindakan/ polisi yang dirancang oleh kerajaan atau bukan kerajaan. semua mesti melibatkan persetujuan dan perundingan serta makluman awal harus diberikan kepada masyarakat kita sebelum dimulakan. kita juga harus bebas untuk bersetuju tanpa paksa, rasuah dan ancaman dalam menerima sesuatu perundingan. juga telus dalam memberi informasi kepada kita dan ianya haruslah benar dan melibatkan kesan baik dan buruk. jadi dalam bahagian ini menyatakan bahawa kita berhak untuk memberi pandangan, pendapat dan sebagainya.

Bahagian 6
Tanah & Sumber - bahagian ini lebih kepada mengakui hubungan diantara orang asal dan tanah kita, juga hak kita untuk memiliki dan membangunkan tanah kita. antaranya sekiranya tanah kita diambil untuk projek pembangunan tanpa Izin-MABT ia mesti dikembalikan atau diganti rugi oleh kerajaan atau pihak yang terlibat. selain itu juga bahagian ini juga menyatakan tentang hak kita ke tas sumber-sumber seperti hutan dan sungai, dimana persetujuan daripada kita mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum sumber-sumber ini diambil daripada kita, dan sebagainya lah..ini cuma sharing secara asas ajer..

Bahagian 7
Pemerintahan Sendiri & Undang-Undang Asal - ini lebih kepada hak kita untuk menentukan jatidiri kita sebagai orang asal disamping mendapat hak kewarganegaraan masing-masing, selain kita juga berhak untuk mempertahan kan institusi kita dan adat resam, kerohanian, amalan dan sebagainya. disamping itu kita berhak untuk membuat pilihan bentuk pembangunan tanah dan sumber kita.

Bahagian 8
Perlaksanaan - bahagian ini menyatakan apa yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan dan PBB untuk memastikan UNDRIP dituruti dan diamalkan oleh semua negara. artikel dalam bahagian ini menyatakan juga tentang persetujuan-persetujuan awal dengan kerajaan mesti dilaksanakan dan kerajaan mesti mengadakan perundangan yang menyokong hak-hak orang asal dalam deklarasi ini. bantuan kewangan dan teknikal perlu dihulurkan agar orang asal dapat menikmati hak-hak seperti yang dinyatakan dalam deklarasi ini. sekiranya hak-hak yang ada dalam deklarasi ini tidak dipatuhi kerajaan mesti mengambil tindakan yang sepatutnya.

Bahagian 9
Aplikasi UNDRIP - dalam bahagian ini ia lebih kepada bagaimana tindakan awal yang boleh dilakukan, antaranya kerajaan-kerajaan bertanggungjawab untuk mempromosikan dan mengamalkan hak-hak orang asal antarabangsa ini dinegara masing-masing.etc.


P/s: bagi yang sudah biasa dengan UNDRIP bersama-samalah kita untuk mempromosikan ia sebagai salah satu undang-undang yang penting sama seperti akta orang asli. bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kita sama-sama membantu mana yang kurang dan mana yang kita kekadang lupa dan alpa.

Bahan utama drpd JOAS..